Sunday, 23 December 2012

Bukan Imej Tapi .......

Greeting Text

Kalau cuti tak sah lah kalau tak tengok tv kan.Semalam saya ada tengok Safiyya dekat TV9.Memang enjoy tengok Safyya.Lepas tu ada pulak segmen 'Imrah Safiyya'.Ada Farah Asyikin yaw.Zaman sekarang ni kita boleh tengok kan ramai artis yang dah bertudung.Alhamdulillah,mereka dah mula sedar akan tuntutan Allah S.W.T.


Farah Asyikin ada cakap macam ni.

"Dengan penampilan saya yang baru ni,ramai yang cakap.Wow,Farah Asyikin dah tukar imej.Sebenarnya,kita menutup aurat ini bukan imej atau identiti.Tetapi ianya tuntutan dalam Islam.Kita menutup aurat tuntutan,kita tak boleh salam dengan lelaki ajnabi pun tuntutan."

Nampak tak dekat situ,tutup aurat ni bukan imej,tetapi tuntuan dalam Islam.

"Setitik peluh wanita yang kepanasan kerana bertudung demi menutup auratnya,ianya dikira sebagai pahala."

Dengan menutup aurat saja,kita boleh dapat banyak pahala.Kita berpanas untuk menutup aurat itu dikira sebagai pengorbanan.Semua pengorbanan dalam hidup kita mesti ada ganjarannya kan???Sama juga dengan  hal menutup aurat ini.Jadi,janganlah kita nak malu sebab menutup aurat sebab itu merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan.


Itu sahaja ye readers sekalian.Assalamualaikum.

Friday, 21 December 2012

Jom Kita Rebut

Greeting Text

Pagi yang mendung,tapi tak pe lah.Bukan mengganggu emosi saya pun,ye dak??Okengg,apa yang nak direbutnya Cik Fina oii.

Semalam saya ada baca status seorang friend saya dalam Facebook,dia ada post:

"Kalau pahala itu ibarat duit,rasanya semua orang berebut nak kan pahala.Tetapi Allah menghijabkannya.Adakah manusia yakin akan pahala Allah itu setelah Allah menghijabkannya."

Okay,kita memang tak nampak dosa pahala kita.Kita akan sentiasa berusaha untuk tambahkan pahala kita,sebab kita kan tak tahu berapa banyak pahala kita,adakah lebih berat daripada dosa,atau lebih ringan daripada dosa.



Kalau kita dapat nampak pahala kita,kita mesti dah malas nak berbuat baik,sebab dah yakin pahala dah lagi banyak daripada dosa.Pahala inikan bekalan kita untuk ke akhirat,jadi marilah kita sama-sama kumpul sebanyak-banyaknya pahala dan melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan,nak tak??

Ok,itu sahaja yang saya nak post.Au Revoir.

Thursday, 20 December 2012

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

Greeting Text

Macam setiap hari je saya ni post kat blog.Ye lah,musim cuti kan,nanti kalau dah masuk sekolah jarang-jarang aje dapat menghadap laptop ni.

Okay,kita dalam hidup seharian kalau boleh memang nak mengamalkan sunnah-sunnah nabi kan??Kalau kita mengamalkan sunnah nabi,kita akan dapat pahala.Sebenarnya senang je nak dapat pahala,tetapi manusia sekarang menganggap,"Ihh,susahlah nak buat ni,malas lah."Jangan contohi sebegini.


Kita sebagai syabab-syabab Muslim,mestilah kena lebih dari orang lain.Pahala pun kena lebih.Kita bukan syabab biasa,tetapi syabab luar biasa.Yang akan membimbing orang lain ke jalan yang lurus.Kalau orang lain ada yang buat salah,kita yang bertanggungjawab menegur mereka,betul tak??

Berbalik kepada tajuk di atas,saya cuma nak post sedikit sebanyak cara nabi jaga kesihatan diri dalam kehidupannya.



#Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah sentiasa mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Bangun sebelum Subuh memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala dan kesegaran udara subuh baik untuk memperkuatkan akal fikiran.
#Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
#Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan.Beruntung kan kita sebagai umat Islam diberikan bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
#Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Peluh itu merupakan kotoran-kotoran yang ada dalam badan kita dan keluar dalam bentuk cecair.Maknanya,sihatlah kalau peluh keluar kan??
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.Lagi pula,sekarang ni ada kempen Berjalan 10,000 Langkah Dalam Sehari.Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau nak letak kereta, mesti kita letak betul-betul depan tempat yang kita nak pergi,kan??
#Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
#Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
#Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
#Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Terima kasih sebab sudi baca post yang panjang ni.Marilah sama-sama kita amalkan sunnah-sunnah nabi.Itu sahaja perkongsian untuk hari ini,sekian.

Wednesday, 19 December 2012

Thank You Very Marshmallow

Greeting Text

Selamat pagi,kawan-kawan.Hari ni cerah kan,tak hujan macam selalu.Alhamdulillah,kalau tak,tak kering baju,tak kering ini,tak kering itu,kan susah.

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku
Di pundak

Haihh,apasal pulak boleh masuk lirik lagu 'Terima Kasih Guruku' pula dalam blog saya ni.Ye la,saja-saja je tu.Baca pulak lirik bawah ni,saya gubah sikit,tapi masih melodi 'Terima Kasih Guruku'.

Pagiku cerahku
Mukaku cerah juga
Hari ini tak hujan
Di rumah

Amacam,best tak??Hahaha,mesti tak best kan,mesti buruk kan lirik ni.Tapi takpe la,kalau awak-awak semua nak lagu best-best,dengar kat YouTube.Banyak lagu best-best.


Okay la,awak-awak semua nampak tak header kat atas tu??Dah lain kan..Hah,ini adalah jasa baik Nur Hanan.Terima kasih,Kamsahamnida,Syukran,Thank you,Matursuwon,Shie shie untuk Hanan sebab tolong buatkan header yang comel untuk saya.Ada pink-pink gitu,suka la.

Awak semua nak tahu tak,dia bukan buat satu je,tapi dia buat tiga sekali.Amacam,baik tak kawan saya seorang ni.Saya suka kawan dengan dia sebab dia sangat baik dan kalau kita buat salah dia akan tegur,tak semua orang berani tak tegur orang yang buat salah kan???Dia juga seorang yang lembut.

Okay,stop puji pasal Hanan,nanti kalau dia baca boleh tinggi selangit hidung dia*kidding.Saya dah tak ada langsung idea sekarang ni,okay I'll off here.Selamat tinggal.

Monday, 19 November 2012

Tak Puas Hati La..

Greeting Text

Hi,bertemu lagi,n yeahh,,masih cuti lagi.Ok,title post hari ni,mesti ada orang fikir,"Hesyy,awak gaduh ke Fina,sampai tak puas hati ni??"

Haha,tak gaduh pun sebenarnya,tapi cuma,,heh entahlah macam mana nak cakap.Saya ni sebenarnya tak puas hati dengan,nak tahu tak dengan siapa,dengan Cik ANIS SOFEA,,dia mengumpat saya dalam blog dia.Tapi,seriously I'm saying that her blog was very very very nice and cute.Although,it's just a simple edit,maybe,but it's look nice.Seriously,I'm saying that I hate black because it's look scary*sori Cik Anis,jangan marah kat saya pulak.Maybe,lain orang,lain persepsi,and she loves black,so,go on.


Okay,Cik Anis ialah yang pakai tudung coklat,say Hi to ustazah.. Oppss,sori, Assalamualaikum,ustazah.Haa,itu baru betol.

Dia ni,comell and also sporting and satu lagi,hyper.Perghh,terloncat sana sini,terkinja-kinja.Kalau budak tadika tengok pun boleh pengsan,hahaha.*mati aku kalau Cik Anis baca,mau kena tumbuk nanti buka sekolah,lebam sebelah biji mata aku.Takde lah,saje je.Jangan ambil serious benda ni.

Okey,itu saja yang saya nak tulis,By the way,thankss to Cik Anis sebab benarkan saya mengumpat awak dalam blog cun saya ni,Gracias.

Sunday, 18 November 2012

Freezing..

Greeting Text

Dah lebih kurang sebulan cuti kita ni kan???Kalau cuti tak sah lah kalau tak pergi jalan-jalan kan..

Minggu lepas,saya sekeluarga pergi Kuala Lumpur(KL).Sangat best la.KL pun ramai orang,baik pelancong luar atau dalam negara.Ye la,musim cuti kan.


 Sampai-sampai je,ingatkan nak pergi Petrosains,tapi tak sempat la,sangat sedih.So,kami ni melepak je la dekat depan Suria KLCC tu.

Haha,baju orange tu adik saya,love him.

Malamnya pula,kami pergi I-City.Woww,sangat best,wuhhuuu.Kami masuk Snowalk,                    actually,saya dengan adik bawah saya je yang masuk.Huhhh,seriously,I'm saying that the Snowalk was very very very cold.I'm freezing there,you know??

Three cute snowman.

The pingu

And this is me,ni tak freezing lagi,masa tengah freezing tak sanggup nak snap picture. 

Okay,sekarang saya dah takde idea nak menaip,and this all for today,tanhk you

See ya.

Sunday, 11 November 2012

We Are Friends.

Greeting Text

Woww,sesi persekolahan dah habessss,Yeayy...Tapi bila makin cuti,makin rindu dekat sekolah,      kawan-kawan,senior-senior and also MUDIR.

And hari ni,saya nak introduce dekat para readers n followers blog ni tentang kawan-kawan saya. Okay,let's get start..Saya ikut abjad..From A to Z.





Yang sebelah kiri sekali,nama dia AINI FARIZA BINTI SAIFUL HISAM.Dia sangat sibuk di SPBT bila akhir tahun.Ye la kan,orang nak pulang buku.

Yang sebelah dia pulak,SOFWA ADNIN BINTI ABDULLAH.Sangat kreatif woo.Selalu minta dia lukiskan apa-apa kalau tak pandai




Yang ini,nama dia,AMEERAH HUMAIRA' BINTI MOHAMAD HILMI.Dia ni,ayat English boleh tahan power.Kena belajar dengan dia.




Yang tudung coklat tu nama dia ASNA YUSRA BINTI ABDUL JAMIL.Many people said we are like twin.Muka kiteorang ni same ke???Saya tinggalkan korang dengan persoalan ini..



Fifth,ASSYARIFAH BALQIS BINTI SYED IBRAHIM.Amboihh,bersinar-sinar muka kawan saya sorang ni.Muka dia ala-ala Arab sikit.Ye lah,nama pun Syarifah kan.



Yeayy,and the last one NURINA BINTI SABAZNUR.Nama dia lah yang paling pendek among seven of us.Yang mana satu dia???Yang pakai tudung biru lah,yang pakai tudung purple tu saya.Dia ni boleh tahan pandai,selalu jugak minta ajar dia kalau tak faham.Itulah gunanya kawan kan???


Okeyy,kami semua kawan,kami saling melengkapi.Kalau tak tahu Sains and Math,saya tanya NURINA.Kalau tak tahu English,saya tanya AMEERAH.Kalau tak tahu Bahasa Arab,saya tanya BALQIS.Kalau nak minta lukiskan apa-apa,saya minta tolong AINI,ASNA or SOFWA.

Sebenarnya,kawan saya ramai lagi,semua orang kawan saya.Tapi mereka berenam ini lah yang buatkan hidup saya lebih bermakna.

Itulah kami,kami K.A.W.A.N.!!


Sunday, 4 November 2012

Holiday..

Assalamualaikum and Hai,reader(s),maybe.Amacam cerita atau khabar hari ni?Sihat semua,Alhamdulilah. It seems like you all are in a pink of health,isn't it???


Haih,sekolah tinggal lagi seminggu.Kertas-kertas periksa yang kiteorang dah jawab pun baru dua paper je yang dapat.So far,okay la.Tapi ade orang yang lagi tinggi markah daripada saya.It's okay,fighting Fina.Yeah!!!*okay,mengarut.

Bila agaknya nak dapat paper erk???*fikir sambil usap dagu.Whatever la.Bila ada je cikgu masuk kelas sambil bawak kertas periksa,ketaq mulut,kaki,tangan den.Takutttt...Kawan-kawan laen pun ade jugak yang seangkatan dengan saya.Sejuk kaki tangan.

Lepas seminggu ni,kami,batch-batch '98 ni boleh enjoy our holiday sepuas-puasnya sebelum melangkahkan kaki ke pintu 2013 yang dah tinggal sikit lagi nak terbuka penuh.Tahun depan,PMR. But,what preparation that I have done???Belajar,,,,Buat latihan,,,,Arghhhh,tak buat lagi.

Ehh,,ehh,,post kali ni macam berkait rapat dengan PMR je.Okay,tutup cerita pasal PMR.Nanti karang menangis dibuatnya asyik fikir pasal PMR je.Haih,bila agaknya dapat masa minum teh and makan roti dengan tenang macam gambar kat atas erk??

Takpe,Fina.Masih banyak lagi ujian yang harus ditempuhi.Perjuangan tak berhenti takat ni je.Teruskan berusaha.Aja-aja fighting.Debooooommmm*tak sabit langsung,hehe.

Saturday, 3 November 2012

Muqaddimah

Assalamualaikum 
to all dreamers .

 الحمد الله kita masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.Ambil beberapa saat untuk ucap kalimah  الحمد الله ni.

Sebagai muqaddimah,saya nak memperkenalkan diri saya yang tak berapa nak famous ni.

Fina Agustina Maula binti Sujari
7th of August 1998
Al-Farabi Clinic,Kuantan
Sekolah Menengah Agama Al-Maarif
ex for SK Lepar,Pekan,SK Kampung Raja,Muar
Currently live in Kuantan
PMR Candidates for 2013 -9A's Insya-Allah
Very happy live with lovely family

#Love my friends very much 


Masuk kali ni,dah berapa kali dah saya buat blog.Ni dah masuk yang ketiga kot.Banyak kan?Tapi blog yang lame-lame tu saya dah sapu dan buang dalam tong sampah.And this is the new one.

Previous blog was also known as huriousofme.blogspot.Don't burden yourself to search for this link because it has been deleted by herself.

Saye ni tak banyak sangad idea kalau nak menaip.Tapi kalau diajak bercakap,memang mencurah-curah idea keluar.Tak muat baldi nak tadah*mengarut >_<.Tak nak cakap banyak sebab tak banyak idea.


So korang dah tau siket-siket pasal saya kann ?Lastly,for the stalker or whatsover,GET OUT FROM MY BLOG!!!!*marah ni...