Macam setiap hari je saya ni post kat blog.Ye lah,musim cuti kan,nanti kalau dah masuk sekolah jarang-jarang aje dapat menghadap laptop ni.
Okay,kita dalam hidup seharian kalau boleh memang nak mengamalkan sunnah-sunnah nabi kan??Kalau kita mengamalkan sunnah nabi,kita akan dapat pahala.Sebenarnya senang je nak dapat pahala,tetapi manusia sekarang menganggap,"Ihh,susahlah nak buat ni,malas lah."Jangan contohi sebegini.
Kita sebagai syabab-syabab Muslim,mestilah kena lebih dari orang lain.Pahala pun kena lebih.Kita bukan syabab biasa,tetapi syabab luar biasa.Yang akan membimbing orang lain ke jalan yang lurus.Kalau orang lain ada yang buat salah,kita yang bertanggungjawab menegur mereka,betul tak??
Berbalik kepada tajuk di atas,saya cuma nak post sedikit sebanyak cara nabi jaga kesihatan diri dalam kehidupannya.
#Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah sentiasa mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Bangun sebelum Subuh memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala dan kesegaran udara subuh baik untuk memperkuatkan akal fikiran.
#Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
#Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan.Beruntung kan kita sebagai umat Islam diberikan bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
#Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Peluh itu merupakan kotoran-kotoran yang ada dalam badan kita dan keluar dalam bentuk cecair.Maknanya,sihatlah kalau peluh keluar kan??
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.Lagi pula,sekarang ni ada kempen Berjalan 10,000 Langkah Dalam Sehari.Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau nak letak kereta, mesti kita letak betul-betul depan tempat yang kita nak pergi,kan??
#Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
#Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
#Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
#Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Terima kasih sebab sudi baca post yang panjang ni.Marilah sama-sama kita amalkan sunnah-sunnah nabi.Itu sahaja perkongsian untuk hari ini,sekian.
No comments:
Post a Comment