Sunday 17 March 2013

Full Time Hijabers

Greeting Text

Isu paling 'hot' zaman yang serba maju sekarang ni ialah,mendedahkan aurat.Seharusnya kita wahai Muslimin wa Muslimat,Mukminin wa Mukminat,tonjolkan identiti Ad-Deen Islam kita yang sebenar.Tuntuan dalam Islam untuk menutup aurat wajib dilaksanakan.Kerana dengan menutup aurat itu kita boleh memelihara maruah kita sebagai umat Islam.


Kita selalu dengar kalau orang miskin ni,mereka mesti tak beli barang-barang yang tak perlu bagi mereka,kerana takut membazir.

Kalau orang kaya iman,mereka akan sanggup membeli pakaian yang boleh menutup aurat mereka.Tetapi kalau orang itu ialah orang yang miskin iman,pasti mereka tidak akan keluarkan duit hanya untuk membeli pakaian yang boleh menutup aurat mereka,labuh,tidak menampakkan bentuk badan dan juga longgar.

Pilih lah mana satu kategori anda.Jangan peduli tentang orang lain yang hartanya lebih melimpah ruah daripada kita,kerana di akhirat nanti hanya takwa yang membezakan kita.Bangkitlah kita wahai syabab Islam,sebarkan dakwah Islam kerana syurga yang abadi menanti kita.

P/S:I work as full time hijabers until the end of my life and all of Muslimat and Mukminat do work as me.
                                                                                                                                       -Fina Maula-

Friday 8 March 2013

Nak Jadi Pelajar Cemerlang

Greeting Text

     Yeay,baru lepas tengok video seorang vlogger terkenal,Mat Luthfi. Saya tengok video yang baru je dia upload 3 minggu yang lepas:- Hari Jubah. Seriously lepas tengok video ni,saya rasa bersemangat semula nak belajar and......tak sabar-sabar nak grade macam Mat Luthfi.Jyeahh.Tahniah dekat Mat Luthfi sebab dah tamat pengajian ijazah sarjana muda dekat Aussie tu.


     Macam mana rasa babis belajar erk??Best la kot..Sebab tak terkongkong dengan buku..So,benda ni jadi pembakar semangat saya supaya saya belajar rajin-rajin biar boleh lulus pengajian course medic.Haha,berangan!!PMR pun tak lepas lagi,ada hati nak cepat-cepat jadi doktor.And sekarang ni my target is 9 A's PMR,tolong doakan saya.boleh.


Pernah satu hari saya tanya ayah saya,"Bila kita nak pergi luar negara selain Indonesia,ayah?".Then ayah saya pun jawab,"Kakak belajar rajin-rajin,nanti dapat tawaran gi universiti luar negara,terima je.Boleh ayah melancong sekali ikut kakak".*Sambil ketawa.Rasa macam sedih sebab tinggi harapan parents saya ni.Boleh ke saya buat?Selalu saya tanya benda ni kat diri saya sendiri.Tapi,Insya-Allah boleh dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus.

 -Fina Maula-