Yeay,baru lepas tengok video seorang vlogger terkenal,Mat Luthfi. Saya tengok video yang baru je dia upload 3 minggu yang lepas:- Hari Jubah. Seriously lepas tengok video ni,saya rasa bersemangat semula nak belajar and......tak sabar-sabar nak grade macam Mat Luthfi.Jyeahh.Tahniah dekat Mat Luthfi sebab dah tamat pengajian ijazah sarjana muda dekat Aussie tu.
Macam mana rasa babis belajar erk??Best la kot..Sebab tak terkongkong dengan buku..So,benda ni jadi pembakar semangat saya supaya saya belajar rajin-rajin biar boleh lulus pengajian course medic.Haha,berangan!!PMR pun tak lepas lagi,ada hati nak cepat-cepat jadi doktor.And sekarang ni my target is 9 A's PMR,tolong doakan saya.boleh.
Pernah satu hari saya tanya ayah saya,"Bila kita nak pergi luar negara selain Indonesia,ayah?".Then ayah saya pun jawab,"Kakak belajar rajin-rajin,nanti dapat tawaran gi universiti luar negara,terima je.Boleh ayah melancong sekali ikut kakak".*Sambil ketawa.Rasa macam sedih sebab tinggi harapan parents saya ni.Boleh ke saya buat?Selalu saya tanya benda ni kat diri saya sendiri.Tapi,Insya-Allah boleh dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus.
-Fina Maula-
No comments:
Post a Comment