Saturday, 28 June 2014

Happy Ramadhan

Photobucket
     Uhuk uhuk. Weh, banyak nye habuk, sawang and so on. Ye lah, mane tak nye, 5 bulan blog ni being abandoned. Ha, salah siapa sekarang blog ni berhabuk? Nasib la blog dapat tuan malas update macam kite ni. Penat jugak nak menyapu balik and bersihkan balik blog ni. Dua tiga kali sental la baru nampak berkilat. Fuhh, penat..

     Today is the first day of Ramadhan right?Masih tak terlambat kan nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Okay, before we go back to home for this week, our beloved ustaz, Ustaz Hasdi, showed us a video about a race in the month of Ramadhan. The biggest race. In that video everyoe mostly have a new azam in that month.  They wished that they can be much better. And each people in that video will say, " This Ramdhan, I gonna win it." Rasa tercabar pun ade.


     Seriously terkesan lepas tengok video tu. Azam baru, nak banyakkan amalan dalam bulan Ramadhan dan lebih baik daripada sebelum ini. Ameen.

     In this month, Ustaz Hasdi held a programme named "Saya Nak Puasa Penuh". Dalam programme ni setiap pelajar akan jadi spy untuk orang lain. Kita tahu kita spy untuk siapa tapi kita tak tahu siapa spy kita. So, kena beware la. Spy tu akan tengok apa yang kita buat sepanjang Ramadhan dan akan bagi ranking untuk kita. At the last day, ustaz akan bagi ala-ala duit raya untuk best student in Ramadhan. Menarik kan?? Haha, curious go know siapa spy saya sebenarnya.  Nasib la siapa yang kena spy dengan saya tu, mane lah tahu saya ni kedekut markah. So, buat baiklab kepada saya ye. Haha...

     Nothin more to say. That's all. Bila dah lama tak menulis jadi takde idea. Lastly, Happy Ramadhan. Assalamualaikum..

Sunday, 23 February 2014

Refreshing

Photobucket

Haih, sekian lama sudah tak update blog. Al-maklumlah, bila dah meningkat dewasa ni, kerja makin banyak, tanggungjawab pun makin besar. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai tanggungjawab yang besar tu, jalanilah tanggungjawab anda dengan sebaiknye ye. Nak buat kerja kena ade niat dan kena ikhlas, baru dapat pahala. Okay ? Jangan lupa yang bahawa kita akan disoal tentang tanggungjawab kita di akhirat nanti... Okay, naik Form 4 ni, I choosed Science Ad-Deen stream as my choice. I hope that my dream to become a doctor one day can be reach. Ameen..

Bila naik Form 4, semua stress. Antara dialog yang biase didengar di asrama ;-
1. " Oh no !. Susah giler nak mati Add Math, siapa lah yang jumpe rumus Add Maths ni !"
2. "Weh, kau rase tak Physics ni susah ? Macam mane nak kira pecutan ngan sesaran erk ?"
3. "Wohhooo, Kimia. Macam mane ni ? "



Jangan fikir semua tu bebanan bagi korang semua. Biaselah, kite kan tengah belajar benda baru. Mesti ade sedikit sebanyak kerumitan yang berlaku. Amboihhh, ayat macam nak jawab Paper BM. Jadi, tetaplah bersabar kerana ' Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar'.

Saturday, 23 November 2013

Dinner Batch '98

Photobucket

     Now I come again, with another story. Sory ni berlaku pade 28th October 2013 dan bertempat di Hyatt Regency Resort of Kuantan. On that day, kiteorang batch '98 ade dinner kat sane. So, we went there with two busses. Ye lah, takkan nak muatkan 77 org dalam satu bas kot. Resort tu dekat Teluk Chempedak and bila turun bas je,angin pantai menyapa pipi-pipi kami. Hahaha... Memang best giler, and we're so excited masa malam dinner ni. Yela, first time pegi dinner dengan rakan-rakan.

This is me with Miss Nurina the MC of the night

*Debar kot nk jadi MC , but it's okay untuk pupuk keyakinan diri kan.


Rakan semeja , fancy colours tudung kiteorang

*Saya rasa meja kami lah yang paling banyak makanan.Sampai tak muat meja. Sorry abang-abang hotel sebab kena banyak angkat pinggan dari meja kami


Kami bersama Ustazah Ramlah kesayangan kami. Beliau ajar kami B. Arab FYI


Atas tangga pun jadi tempat bergambar

*Merioh sekali baju kami,berwarna-warni

Saya dapat hadiah luckydraw for second place. Yeah,congratulation to me.



Masa tengah makan kami ada montaj yang sangat menarik untuk ditonton, terima kasih kepada para pembuat montaj. And akhir sekali kami ade cabutan bertuah. That's it,saya dapat second prize :- a set of blender. My umi loves that stuff a lot.Ok that's all. Sorry kalau entry ni buat korang bosan and tak sempurna pun sebenarnye entry ni. Dah tak ingat dah sebenarnya pasal dinner ni sebab dah lama berlaku. Assalamuaalaikum..

Monday, 18 November 2013

I'm Graduated

Photobucket

     Alhamdulillah saya masih bernyawa di atas bumi Allah ini. Saya dah lama tak update blog sebab nak fokus betul-betul on my PMR. And PMR is done. Tunggu keputusan je sekarang ni. I hope that I can get straight A's like others. 9 A's in my hand, Insya-Allah.

     Okay, kalau dah update blog, tentunya ada cerita baru. And this is my story. On the past 26th of October, my school held a Graduation Day for Form 3 and Form 5 students. Seriously , it was a meaningful day for us. *Dah macam nak konvo lah pulak rasanya.

     Thanks for all teachers yang terlibat dalam menjayakan  Graduation Day kali ke-3 ni. Terima kasih banyak-banyak. Please scroll down for some photos.Yang ni gambar sebelum majlis graduasi bermula. Bergambar sakan dengan jubah purple.

Jubah yang besar, bak kata Mat Luthfi, tak sah bawak solat. Haha, abaikan lawak tak jadi ni.


Kami para generasi '98.


Dan ini gambar single saya bersama ayah dan adik terchenta. Umi tak ikut,sedih.


Okay, dengan berakhirnya majlis graduasi itu, saya dah lulus belajar dengan ceemrlangnya. Lepas ni kalau ada mana-mana hospital yang memerlukan doktor, sila hubungi saya di Facebook :- Fina Agustina Maula . Terima kasih kerana sudi membaca blog pelajar macam saya ni.Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum.


Saturday, 20 July 2013

Check This Out

Photobucket

Sorry dah lama tak update blog. Especially saya baru je habis PRA TRIAL PMR minggu ni. Terrible kan? Habis PRA TRIAL terus bukak internet. But,update blog bukan saje-saje,nak share ilmu + tambah pahala kembangkan dakwah Islam. Right? 

We always give excuse that we're student.So,we didn't have to do da'wah. That's wrong. As we live in a modern lifestyle,anywhere and anytime with the handphone plus internet wifi, is da'wah a burden for you? The simple one, post something about the beautiful of Islam in Facebook. Insya-Allah, you'll get rewards.This Mubarak Month, let's do something. Because the kindness that you do, it can be multiplied into 700 times. Subhanallah...



Okay,video di atas telah dihasilkan oleh seorang senior saya,Ainul Farihah Azizi aka Kak Aie. Sangat bagus video dia. Hasilkan video tanpa tayangkan muka pelakon sebaliknya menayangkan jam sebagai pengganti. Menunjukkan jam atau waktu sangat penting dalam kehidupan manusia.

Pepatah Arab ada berkata, waktu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu. Video ini banyak ibrahnya. Enjoy her hand-made video and 'applicate' it in this best month.

Saturday, 1 June 2013

A Meaningful Holiday Time

Photobucket

Lama dah tak update blog ni.This post is just about a programme named 'Kelas Bimbingan Kasih' that made us delayed at school for five days until Tuesday.We were just batch form 3,4 and 5 which were not allowed to go back home for this school holiday.But,seriously this additional classes fun enough besides a little bit tiresome.

This student was so eager to go to the additional classes

                                                          8.00 a.m. - 10.00 a.m.
                                                          10.30 a.m. - 12.30 p.m.
                                                           2.00 p.m. - 4.00 p.m.
                                                          8.00 p.m. - 10.00 p.m.

Our additional classes schedule.Padat kan ?

But I appreciate all our our teachers that had to postponed all of their activities just to teach us,the PMR , SMA and SPM candidates.I hope that all of our sacrifice will be pay off with a good result.

Just wanna say about this classes,they're best because we can spend more time with teachers and we can ask teachers on what we didn't know.We also had much time with friends because it is holiday prefer than school,right? So,don't complain on what the teachers had do for us,because Allah had said in His Kitab :-

"might be something that you like the bad for you and something you do not like it good for you"

P/S: Thank you teachers for sacrificing your time just for us.
-Fina Maula-

Sunday, 5 May 2013

Fight Our Passion

Photobucket

Here again ..Today's post is about a programme that is held in my school.Which is organized by the Prefect Organiztion and the Exco of the Maarif Hostel ! Yeay .. Congrates to all of you.


The programme was named .. jeng .. jeng .. jeng ..
FIGHT OUR PASSION .

Our KA (Ketua Asrama) ,Kak Syarifah Nur Syakirah told us a nice story at the beginning of the programme. Such a good story .

                   


The story began like this ..

Once upon a time there was a son lived with his grandma . His grandma told him that in his body lived two wolf named EVIL and GOOD . Everyday , both of the wolf will fight each other to win the boy's body. The the boy asked ,"Which wolf will win , grandma?" And the old grandma answered the question . "The wolf that will win is the wolf that you feed everyday . If you do good things everyday , so ,the GOOD wolf will  win . But, if you always do bad things in your life , the EVIL wolf will win ."

So, my friends, did you understand the story that I've retell. The choice is in your hand . If you're a good person and always 'top-up' your reward (pahala), the heaven is such the best place for you. But if you always do bad things or sin, so the hell is waiting for you. Make the best decision and remember our aim is Jannah in afterdays.

The programme give us many awareness about WOMEN . We relized that we are valuable because Rasululluah also said in his hadith.

The Prophet said, 'The whole world is jewelry, and the best of women's jewelry is righteous'. (Narrated by Muslim).

Translation:-
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

So, girls and women, take good care of yourself.

Friday, 3 May 2013

Jom Tolong Agama Islam

Photobucket

Such a long time for me to update my blog.I've changed my background and header since I am bored with my older background.Baru nampak blog ni lain sikit and baru ada semangat nak update blog,betul tak?

Sepanjang kita hidup ni,apa sumbangan kita kepada agama kita.Apa kata kalau kita ikut sunnah Rasulullah.Bila kita ikut sunnah Rasulullah,orang-orang lain akan pandang agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut berbudi pekerti,sopan,beradab dan sifat mahmudah lain.


Gambar waktu pertandingan syarahan 2012

Saya ada baca satu hadis daripada buku Gen-Q yang bermaksud:-

Rasulullah bersabda:"Sesiapa yang melakukan sunnahku pada zaman kerosakan ummat akan mendapat pahala 100 mati syahid"

Subhanallah.Banyaknya pahala kita bila kita berbuat kebaikan.Jangan tunggu lama-lama,amalkan sebelum terlambat.Sekaranglah zaman kerosakan ummat.Jadi,mari kita bangkitkan dan tunjukkan pada agama lain bahawa Islam itu kuat.

P/S:Sekiranya kita bantu agama Allah,Insya-Allah Dia akan membantu kita.

-Fina Maula-

Sunday, 17 March 2013

Full Time Hijabers

Greeting Text

Isu paling 'hot' zaman yang serba maju sekarang ni ialah,mendedahkan aurat.Seharusnya kita wahai Muslimin wa Muslimat,Mukminin wa Mukminat,tonjolkan identiti Ad-Deen Islam kita yang sebenar.Tuntuan dalam Islam untuk menutup aurat wajib dilaksanakan.Kerana dengan menutup aurat itu kita boleh memelihara maruah kita sebagai umat Islam.


Kita selalu dengar kalau orang miskin ni,mereka mesti tak beli barang-barang yang tak perlu bagi mereka,kerana takut membazir.

Kalau orang kaya iman,mereka akan sanggup membeli pakaian yang boleh menutup aurat mereka.Tetapi kalau orang itu ialah orang yang miskin iman,pasti mereka tidak akan keluarkan duit hanya untuk membeli pakaian yang boleh menutup aurat mereka,labuh,tidak menampakkan bentuk badan dan juga longgar.

Pilih lah mana satu kategori anda.Jangan peduli tentang orang lain yang hartanya lebih melimpah ruah daripada kita,kerana di akhirat nanti hanya takwa yang membezakan kita.Bangkitlah kita wahai syabab Islam,sebarkan dakwah Islam kerana syurga yang abadi menanti kita.

P/S:I work as full time hijabers until the end of my life and all of Muslimat and Mukminat do work as me.
                                                                                                                                       -Fina Maula-

Friday, 8 March 2013

Nak Jadi Pelajar Cemerlang

Greeting Text

     Yeay,baru lepas tengok video seorang vlogger terkenal,Mat Luthfi. Saya tengok video yang baru je dia upload 3 minggu yang lepas:- Hari Jubah. Seriously lepas tengok video ni,saya rasa bersemangat semula nak belajar and......tak sabar-sabar nak grade macam Mat Luthfi.Jyeahh.Tahniah dekat Mat Luthfi sebab dah tamat pengajian ijazah sarjana muda dekat Aussie tu.


     Macam mana rasa babis belajar erk??Best la kot..Sebab tak terkongkong dengan buku..So,benda ni jadi pembakar semangat saya supaya saya belajar rajin-rajin biar boleh lulus pengajian course medic.Haha,berangan!!PMR pun tak lepas lagi,ada hati nak cepat-cepat jadi doktor.And sekarang ni my target is 9 A's PMR,tolong doakan saya.boleh.


Pernah satu hari saya tanya ayah saya,"Bila kita nak pergi luar negara selain Indonesia,ayah?".Then ayah saya pun jawab,"Kakak belajar rajin-rajin,nanti dapat tawaran gi universiti luar negara,terima je.Boleh ayah melancong sekali ikut kakak".*Sambil ketawa.Rasa macam sedih sebab tinggi harapan parents saya ni.Boleh ke saya buat?Selalu saya tanya benda ni kat diri saya sendiri.Tapi,Insya-Allah boleh dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus.

 -Fina Maula-

Saturday, 16 February 2013

Manage Your Time Wisely

Greeting Text

Sob sob *muke sedih.Kenapa???Haih,sedihlah hari ni dah kena balik hostel.Apa perasaan korang,mesti sama je macam saya rasa kan.*Dah tahu tanya lagi.




Bila balik hostel je mesti ramai yang tak siap kerja sekolah kan.Kelam kabt nak siapkan kerja sekolah sebab esok dah nak kena hantar,kot.Al-maklumlah,cuti untuk pelajar maknanya free of any activities,kan?Tapi tak bolehlah macam tu,wahai dreamers sekalian.Cikgu bagi kerja sekolah kat kita sebab nak bagi kita jadi Budak Pandai,Bijak,Cemerlang dll.

Lagi-lagi kalau tahun ni dreamers semua ada periksa besar macam saya ni ke,tahun akhir dekat Universiti ke,mesti kena struggle.And jangan fikir pasal penat tu.Kena pandai bahagikan masa.Manage time wisely.
Saya nampak benda ni dalam buku Bahasa Arab Tingkatan 3.

1/3 malam untuk tidur
1/3 malam untuk belajar
1/3 malam untuk beribadah

Tapi,larat ke student kalau dapat tidur 1/3 malam je.Alih-alih,qada' tidur dalam kelas esoknya pulak.Haih,,macam-macam kan.Tapi mesti ramai students yang berjaga kalau nak dekat-dekat waktu periksa.Belajar last minute katakan.Tulah pentingnya pengurusan masa,kan??Kalau masa tak diuruskan dengan baik,jadi serabai pulak datang sekolah esok pagi.Dalam kepala fikir, 'Bab ni tak baca lagi,bab tu tak baca lagi.Bila nak baca ni??'

So,saya tegaskan kat sini,manage your time properly and remember that time is gold.The time that had past can't be repeat.Take a note,dreamers.

Okay,that's it,wassalamualaikum.

-Fina Maula-

Sunday, 10 February 2013

Nak Buat Apa???

Greeting Text

Cuti raya cina dah start lama dah pun.And kalau cuti je,mesti budak-budak sekolah semua tak tahu nak buat apa.And mesti ada yang cakap 'Perkara biasa kot.'Padahalnya homework setimbun cikgu bagi kat kita.




Saje je ni download gambar yang buku sikit,kalau download yang buku sebukit tinggi karang pressure pulak kat budak-budak sekolah,kan kan???So,chillax je la,homework je pun.Cuti pun panjang kan.    Insya-Allah boleh siap kalau kita buat kerja tu berterusan,dan fikir ia bukan la bebanan.Mesti enjoy punya buat kerja sekolah.


Jangan fikir, 'Malaslah nak buat.' Kalau dah set kat minda malas,memang malas la jadinya,okay.Have fun je buat kerja sekolah ni,lagi-lagi kalau buat peta minda,kalau berimaginasi mesti cantik hasilnya.Sebab kita ada banyak benda nak dicurahkan daripada hasil imaginasi tu,alright?

Okay,I didn't have much word to be type on this title,so,that's it.Thank you.

Wassalam.

                                                                                                                                      -Fina Maula-

Friday, 11 January 2013

Tahun Ini Ada...

Greeting Text

Post,pertama untuk tahun 2013,*eksaited.Tahun ni saya akan menghadapi peperiksaan PMR.Dengar PMR je dah ketaq tangan,ketaq lutut,ketaq segala bagai.Takutt.Al-maklumlah,batch 98 ialah batch terakhir yang akan ambil peperiksaan PMR.Maybe,PMR tahun ni susah kot*ramalan je.






Nak cakap ni,jadi PMR candidates penat jugak kan???Baru hari pertama sekolah,kerja dah banyak dah pun.Minggu pertama pun dah ada kelas tambahan.Tapi,tak apa lah.Inikan untuk kebaikan bersama,untuk kejayaan murid-murid SMA Al-Maarif.Fighting,Marifians,yeah.Okay,semua candidates periksa apa pun mesti berazam nak dapatkan straight A's an.Sama jugak lah,dengan Maarifians candidates.Insya-Allah la semua candiates dapat 9A,Amin!!!.

Kami ni walaupun dah nak PMR pun berapa bulan lagi,still have fun jugak.Tak dapat nak tinggalkan sikap masa form 2 yang terkenal dengan sikap gila-gila.Batch 98 memang happy go lucky pun,ye dak.Saya sangat rindu waktu 2012,tapi masa tak dapat nak diulang kembali.Saya akan sentiasa ingatnya dan simpan dalam album kenangan saya.*crying.

And lastly,sebelum off,saya minta dreamers semua tolong doakan kejayaan saya dan kawan-kawan dalam PMR.Doa tanpa usaha tak jadi jugak kan,so,kena seimbangkan dua-dua.Janganlah kita ni pasrah aje pada takdir.Kita boleh berusaha wahai kawan-kawan.Yang membezakan kita adalah usaha yang dilakukan.Kalau orang tu usaha dia lebih,apa yang dia dapat pun lebih lah,tapi kalau usaha dia kurang,apa yang dia dapat pun kuranglah.Jadi,perbanyakkan usaha kita,ye.Sampai di sini sahaja,Assalamualaikum.


Sunday, 23 December 2012

Bukan Imej Tapi .......

Greeting Text

Kalau cuti tak sah lah kalau tak tengok tv kan.Semalam saya ada tengok Safiyya dekat TV9.Memang enjoy tengok Safyya.Lepas tu ada pulak segmen 'Imrah Safiyya'.Ada Farah Asyikin yaw.Zaman sekarang ni kita boleh tengok kan ramai artis yang dah bertudung.Alhamdulillah,mereka dah mula sedar akan tuntutan Allah S.W.T.


Farah Asyikin ada cakap macam ni.

"Dengan penampilan saya yang baru ni,ramai yang cakap.Wow,Farah Asyikin dah tukar imej.Sebenarnya,kita menutup aurat ini bukan imej atau identiti.Tetapi ianya tuntutan dalam Islam.Kita menutup aurat tuntutan,kita tak boleh salam dengan lelaki ajnabi pun tuntutan."

Nampak tak dekat situ,tutup aurat ni bukan imej,tetapi tuntuan dalam Islam.

"Setitik peluh wanita yang kepanasan kerana bertudung demi menutup auratnya,ianya dikira sebagai pahala."

Dengan menutup aurat saja,kita boleh dapat banyak pahala.Kita berpanas untuk menutup aurat itu dikira sebagai pengorbanan.Semua pengorbanan dalam hidup kita mesti ada ganjarannya kan???Sama juga dengan  hal menutup aurat ini.Jadi,janganlah kita nak malu sebab menutup aurat sebab itu merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan.


Itu sahaja ye readers sekalian.Assalamualaikum.

Friday, 21 December 2012

Jom Kita Rebut

Greeting Text

Pagi yang mendung,tapi tak pe lah.Bukan mengganggu emosi saya pun,ye dak??Okengg,apa yang nak direbutnya Cik Fina oii.

Semalam saya ada baca status seorang friend saya dalam Facebook,dia ada post:

"Kalau pahala itu ibarat duit,rasanya semua orang berebut nak kan pahala.Tetapi Allah menghijabkannya.Adakah manusia yakin akan pahala Allah itu setelah Allah menghijabkannya."

Okay,kita memang tak nampak dosa pahala kita.Kita akan sentiasa berusaha untuk tambahkan pahala kita,sebab kita kan tak tahu berapa banyak pahala kita,adakah lebih berat daripada dosa,atau lebih ringan daripada dosa.



Kalau kita dapat nampak pahala kita,kita mesti dah malas nak berbuat baik,sebab dah yakin pahala dah lagi banyak daripada dosa.Pahala inikan bekalan kita untuk ke akhirat,jadi marilah kita sama-sama kumpul sebanyak-banyaknya pahala dan melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan,nak tak??

Ok,itu sahaja yang saya nak post.Au Revoir.

Thursday, 20 December 2012

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

Greeting Text

Macam setiap hari je saya ni post kat blog.Ye lah,musim cuti kan,nanti kalau dah masuk sekolah jarang-jarang aje dapat menghadap laptop ni.

Okay,kita dalam hidup seharian kalau boleh memang nak mengamalkan sunnah-sunnah nabi kan??Kalau kita mengamalkan sunnah nabi,kita akan dapat pahala.Sebenarnya senang je nak dapat pahala,tetapi manusia sekarang menganggap,"Ihh,susahlah nak buat ni,malas lah."Jangan contohi sebegini.


Kita sebagai syabab-syabab Muslim,mestilah kena lebih dari orang lain.Pahala pun kena lebih.Kita bukan syabab biasa,tetapi syabab luar biasa.Yang akan membimbing orang lain ke jalan yang lurus.Kalau orang lain ada yang buat salah,kita yang bertanggungjawab menegur mereka,betul tak??

Berbalik kepada tajuk di atas,saya cuma nak post sedikit sebanyak cara nabi jaga kesihatan diri dalam kehidupannya.



#Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah sentiasa mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Bangun sebelum Subuh memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala dan kesegaran udara subuh baik untuk memperkuatkan akal fikiran.
#Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
#Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan.Beruntung kan kita sebagai umat Islam diberikan bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
#Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Peluh itu merupakan kotoran-kotoran yang ada dalam badan kita dan keluar dalam bentuk cecair.Maknanya,sihatlah kalau peluh keluar kan??
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.Lagi pula,sekarang ni ada kempen Berjalan 10,000 Langkah Dalam Sehari.Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau nak letak kereta, mesti kita letak betul-betul depan tempat yang kita nak pergi,kan??
#Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
#Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
#Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
#Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Terima kasih sebab sudi baca post yang panjang ni.Marilah sama-sama kita amalkan sunnah-sunnah nabi.Itu sahaja perkongsian untuk hari ini,sekian.

Wednesday, 19 December 2012

Thank You Very Marshmallow

Greeting Text

Selamat pagi,kawan-kawan.Hari ni cerah kan,tak hujan macam selalu.Alhamdulillah,kalau tak,tak kering baju,tak kering ini,tak kering itu,kan susah.

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku
Di pundak

Haihh,apasal pulak boleh masuk lirik lagu 'Terima Kasih Guruku' pula dalam blog saya ni.Ye la,saja-saja je tu.Baca pulak lirik bawah ni,saya gubah sikit,tapi masih melodi 'Terima Kasih Guruku'.

Pagiku cerahku
Mukaku cerah juga
Hari ini tak hujan
Di rumah

Amacam,best tak??Hahaha,mesti tak best kan,mesti buruk kan lirik ni.Tapi takpe la,kalau awak-awak semua nak lagu best-best,dengar kat YouTube.Banyak lagu best-best.


Okay la,awak-awak semua nampak tak header kat atas tu??Dah lain kan..Hah,ini adalah jasa baik Nur Hanan.Terima kasih,Kamsahamnida,Syukran,Thank you,Matursuwon,Shie shie untuk Hanan sebab tolong buatkan header yang comel untuk saya.Ada pink-pink gitu,suka la.

Awak semua nak tahu tak,dia bukan buat satu je,tapi dia buat tiga sekali.Amacam,baik tak kawan saya seorang ni.Saya suka kawan dengan dia sebab dia sangat baik dan kalau kita buat salah dia akan tegur,tak semua orang berani tak tegur orang yang buat salah kan???Dia juga seorang yang lembut.

Okay,stop puji pasal Hanan,nanti kalau dia baca boleh tinggi selangit hidung dia*kidding.Saya dah tak ada langsung idea sekarang ni,okay I'll off here.Selamat tinggal.

Monday, 19 November 2012

Tak Puas Hati La..

Greeting Text

Hi,bertemu lagi,n yeahh,,masih cuti lagi.Ok,title post hari ni,mesti ada orang fikir,"Hesyy,awak gaduh ke Fina,sampai tak puas hati ni??"

Haha,tak gaduh pun sebenarnya,tapi cuma,,heh entahlah macam mana nak cakap.Saya ni sebenarnya tak puas hati dengan,nak tahu tak dengan siapa,dengan Cik ANIS SOFEA,,dia mengumpat saya dalam blog dia.Tapi,seriously I'm saying that her blog was very very very nice and cute.Although,it's just a simple edit,maybe,but it's look nice.Seriously,I'm saying that I hate black because it's look scary*sori Cik Anis,jangan marah kat saya pulak.Maybe,lain orang,lain persepsi,and she loves black,so,go on.


Okay,Cik Anis ialah yang pakai tudung coklat,say Hi to ustazah.. Oppss,sori, Assalamualaikum,ustazah.Haa,itu baru betol.

Dia ni,comell and also sporting and satu lagi,hyper.Perghh,terloncat sana sini,terkinja-kinja.Kalau budak tadika tengok pun boleh pengsan,hahaha.*mati aku kalau Cik Anis baca,mau kena tumbuk nanti buka sekolah,lebam sebelah biji mata aku.Takde lah,saje je.Jangan ambil serious benda ni.

Okey,itu saja yang saya nak tulis,By the way,thankss to Cik Anis sebab benarkan saya mengumpat awak dalam blog cun saya ni,Gracias.

Sunday, 18 November 2012

Freezing..

Greeting Text

Dah lebih kurang sebulan cuti kita ni kan???Kalau cuti tak sah lah kalau tak pergi jalan-jalan kan..

Minggu lepas,saya sekeluarga pergi Kuala Lumpur(KL).Sangat best la.KL pun ramai orang,baik pelancong luar atau dalam negara.Ye la,musim cuti kan.


 Sampai-sampai je,ingatkan nak pergi Petrosains,tapi tak sempat la,sangat sedih.So,kami ni melepak je la dekat depan Suria KLCC tu.

Haha,baju orange tu adik saya,love him.

Malamnya pula,kami pergi I-City.Woww,sangat best,wuhhuuu.Kami masuk Snowalk,                    actually,saya dengan adik bawah saya je yang masuk.Huhhh,seriously,I'm saying that the Snowalk was very very very cold.I'm freezing there,you know??

Three cute snowman.

The pingu

And this is me,ni tak freezing lagi,masa tengah freezing tak sanggup nak snap picture. 

Okay,sekarang saya dah takde idea nak menaip,and this all for today,tanhk you

See ya.